Wednesday, May 15, 2013

Perkenalan Ain dan Adin : 2006 - 2013

ASSALAMUALAIKUM
dah lama tak pegang lappy .
huhu
DIsebabkan teruja dan kesihatan yg tak berapa nak sihat ,
a!n saje je nak isi masa lapang buat entry nie .
sebenarnya nak cerita detik2 perkenalan a!n dengan tunang a!n nie .
hehehe
Duk feeling2 je nie .
Imbas kembali .


Zaman PersekolahanTahun 2006

orait , tahun nie kami baru form4 .
( yg nie confuse sikit , sebab dia cakap tahun 2005 , ok ain lupa o-0" )
so , alkisahnya ....
ada la mamat nie nama Rambo masuk sekolah a!n .
sekolah iskandar shah kat jasin melaka .
budak baru yg konon2 nya Hot Top !
hahaha
tapi seyesly , ain x minat sgt budak2 baru msuk bajet2 hensem je nie .
so , nak dijadikan cerita ,
ada satu hari nie , dak daya bagitahu kat ain :

daya : weh , de mamat nak kenal ngan kau ?
ain : siapa je ? ( muka tak amek kisah )
daya : dak rambo la
ain : rambo ? siapa je ? 
daya : ala budak baru tu .
ain : siapa je pulak . ramai kot budak baru .
daya : yg pakai beg kuning tu la . budak baru masuk kejap je .
ain : lorh , nak watpe je nak kenal ngan aku ?
daya : mana aku tahu . aku bg no kau kat dia ea .
ain : mana ler aku pakai telefon . nak bagi no uma aku , hahaha
daya : orait , xde hal .
ain : orait , tengok dia berani tak . huhu

sebenarnya , dia orang pertama yg nak kenal dengan ain . 
tu pun sebab kawan ain nie duk pujuk2 suruh try kenal .
layankan jela .
detik2 perkenalan .
tiap2 malam kot telefon , huhu
sampai sorok2 telefon dalam bilik .
tapi terkantoi gak ngan family .
kalau cakap budak teknik , diorang tahu la .
nak cakap kawan lama tu , lama la jugak .
but as a friend je .
ain memang tak minat sgt2 nak couple2 nie .
tapi lastly , kami berpisah jugak .
sebabnya , ain pun tak tahu .
huhuhu
padahal , kawan2 kami sume sama selepak je .
jumpa je jugak .
tapi duk segan2 jela .




Zaman Sestudenan Tahun 2007 

Time nie kami dah lost contact .
ada jumpa pun time raya , dia dtg dgn membe2 .
sebab membe2 kami kan membe selepak . hehe
time rumah daya ada kenduri kahwin .
tapi memang jarang la jugak .







Zaman Tetiba Tercontact BalikTahun 2009

Hah ! time nie tak tauw macamne boleh tercontact balik .
kami text je macam biasa .
takde nak jiwang2 la .
kau aku je . hehe
pertengahan bulan2 , 19 Februari 2009 , kami deal couple .
Finally !!!
yeah !
tapi.....
tu semua tipu belak .
='(

sedih tahun nie .
setahun ain tahan dengan dia .
sebab de la masalah2 dia tu .
geram je .
macam2 dia buat kat ain .
tipu sana , tipu sini .
sebenarnya , ain tahu je apa yg dia tipu .
ain saje je nak tengok permainan dia .
setahun kami bersama as a couple but not to mesra2 .
akhirnya , ada la sorang skandal dia sound ain kat tagged .
gileh tak gileh !
hahaha
time nie kelakar pun ada .
sebabnya ada jugak org iri hati ain dengan dia .
padahal ain tak kisah pun dengan siapa dia nak . 
sebab tengah tengok permainan dia .

so , akhirnya kami putus .
dah la petang tu dia baru lepas datang kat kolej ain .
sebab dia datang pujuk , kami bergaduh teruk sebelum tu .
bukan sebab skandal dia pun .
sebab diri dia sendiri .
dah banyak dah ain nasihatkan dia .
tinggalkan dunia kehenseman dia tu .
mainkan hati perasaan perempuan .
ain hanya nak tolong dia .
tapi , dia sendiri taknak tolong diri dia .
disebabkan cerita lama dia , dia mainkan semua perasaan perempuan .
including me !
Geram je !!!




Zaman Habis StudyTahun 2010 

Lepas je kami clash as a couple , kami still contact lagi .
time nie dia kerja sendiri .
meniaga burger , gi sabah , terengganu .
banyak kali gak dia mintak couple balik .
tapi ain taknak .
ain cakap kalau nak tunggu sampai ain habis study ngan LJM .
23 Jun 2010 , habis study .
25 JUN 2010 , dia tuntut balik .
so , sayang jugak kat mamat nie sebenarnya , saje je . hehe
tak tahu la kenapa ain still sayang kat dia .
mungkin sebab ain kenal dia dengan peragai buruk dia dulu .
betul la de pepatah cakap ,
biar kita kenal orang tu dengan buruk peragai dia dahulu ,
terima dia sedanya ,
baru kita akan dapat lihat segala kebaikan yg ada pada dia .
ALHAMDULILLAH .
Semua yg terjadi , pasti ada hikmahnya .
Terima kasih ya Allah temukan kami balik dan melakukan perubahan pada kami .
=')










Zaman Kerjaya dan KetensionanTahun 2011

Tanggal 13 Januari 2011 , dia masuk rekrut .
ok , time nie sedih gileh sebab kene tinggal 6bulan .
Dah sayang kot !
mau tak sedih .
hehehe






tapi , time nie kami dapat rasa perasaan kami bila berjauhan .
bila malam je ain tunggu dia call ain .
walaupun kadang2 tak sampai 1minit .
subhanallah , rindu yg teramat sangat time nie .
tiap2 malam nangis .
( ingat ain tak jiwang ke ? huhu )
peluk bear dia bagi yg kecik tu .
bau je bear tu .
padahal busuk tau !
hahaha
wangi la , org sayang bagi kot . =p




dengan ain kene chicken pox la .
tetap gak gi melawat dia .
rindu punya pasal .
tabahkan diri .
( nampak tak situ dia punya rasa cinta tu ? weeekkk . tak payah nak rasa muntah sgt =p )








tanggal bulan6 dia abes rekrut .
yeaaahhh !
dia tipu ain cakap kene stayback lagi seminggu .
ain punya pasrah , sampai demam2 .
last2 pagi tu , dia buat suprise datang rumah ain .
hihihihi
terus elok demam .
( takde la elok sgt , =D )








tahun nie jugak , tahun give up ain disebabkan tak dapat keje .
Dia la yg bg banyak nasihat kat ain .
kalau tak memang ain dah kondem dah . hehe
sampai skang nie , ain de kondem2 sikit , sebab masih terikut2 sgt
perasaan LJM dan nursing nie .
Kalau tak ain dah jadi nurse , tapi takde rezeki ain .





Zaman Merisik Time Besday14 November 2011

ok , time terkejut pun ada .
sehari sebelum kami keluar .

adin : Syg , sok makayah ada rumah ?
ain : ehm de kot . kenapa ?
adin : ok , cakap ngan makayah , esok mak abg nak dtg tauw .
ain : ehm kenapa ?
adin : saje je . dtg melawat .

kat situ ain dah  pelik .
sampai la ke malam ain tanya kenapa .
last2 dia bagitu nak datang merisik .
ok , terkejut ok .
tetiba ?
huhu
( hati gumbira ! )
call mak malam tu jugak .
dengan mak2 terkejut .

esok nya , mak ngan family dia dtg .
ramai jugak .
dup dap2 gak jantung nie .
hihihi
hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup ain .
Terima Kasih sayang . =)







Zaman PertunanganTahun 2012

Alhamdulillah , setahun jugak kami nak tunggu ikatan pertunangan .
09.09.2012 , kami menikat tali pertunangan .
gembira tak terkata .
=)







Menunggu detik2 Suami Isteri yg sahTahun 2013

Bulan6 nie kami akan melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan .
walaupun terlalu banyak dugaan yang kami hadapi .
makin dekat , makin banyak cabaran kami .
kami ada masa lagi sebulan sahaja .

Ya Allah , panjangkanlah jodoh kami , 
Noor Aini Binti Mohamd dan Muhammad Aziuddin Bin Hj Ab Aziz .
Sesungguh perancanganMu adalah sebaik2 perancangan dari kami .
Kuatkanlah , tabahkanlah kami ya Allah .
Perrmudahkanlah esgala urusan kami didunia ini .
Ampuni segala dosa-dosa kami .
Berikanlah kami kesempatan untuk mengecapi 
kebahagiaan dia dialam rumahtangga sebagai
suami isteri yang sah disisi Islam .
Berkatilah perjalanan hidup kami ya Allah ya Rahman ya Rahim .
Kami mohon dariMU .
Amin ya rabbalalamin .
=')






Ain sayang Adin .
Sahabatku , Kekasihku , Syurgaku .
Insya Allah .
=')




2 comments:

| CIKZEK | said...

semoga berkekalan hingga ke syurga :))

#MalisaDeafJourney said...

Insya Allah , amin2 . Thx dear :))

Ainul Malisa Tiru Bunyi !

Ainul Malisa Tiru Bunyi ! 110hari switchon Cochlear Implant Telinga Kanan Alhamdullillah , Ainul Malisa baru nak tiru bunyi. W...