Sunday, June 15, 2014

Bidadari Syurga Kami : Ainul Mardhiah

Assalamualaikum 
Alhamdulillah ... Allahuakbar ...
Lahirnya khalifah Allah ke dunia yang diamanahkan kepada kami suami isteri .
Puteri kami : Ainul Mardhiah Binti Muhammad Aziuddin
Tarikh : 23 Mei 2014 / 23 Rejab 1435H
Hari : Jumaat
Masa : 3.03petang



22 Mei 2014 : Khamis
Awal pagi lagi ain dengan suami follow up hospital melaka . Tapi pukul 10 gak kami sampai gara2 bangun lambat . hihihi . Memang ramai gila ok ! Fuh ! Jenuh nak tunggu ! Ain kena booking bersalin Hospital Melaka sebab ain GBS positif . So , kena on antibiotik masa bersalin nanti . ( Siapa yg tak tahu apa GBS positif boleh tanya encik google , hehe ) . Booking + Jumpa doktor + Scan + Tarikh TCA kalau overdua . Doktok dah cek bukak 1cm . Memang berkemungkinan bersalin dalam masa terdekat jugak . Mau tak nya , perut memang dah start mengeras2 pun time tu . 

Selesai je follow up , dengan rela hati suamiku bawa gi makan mcd atas sebab nak lepaskan hajat yang terakhir . Walaupun dia lapo nak makan nasi ... huhu . Terpaksa la layan kerenah isteri dia ni . So , ain makan mcd , dia makan kfc sebab ada nasi . hihihihi . 

Layan GCB . Nikmat sungguh !!! ^_^
Alhamdulillah 

Habis sudah sisa2 makanan , ada hati jugak tu nak berjalan . Badan dah start tak larat sebenarnya . Nak bukak cepat , gagahkan diri jugak .. Balik dari MP , suami tunaikan permintaan ain nak air kelapa pulak . Puas gak mencari sepanjang jalan balik rumah . Last2 beli kat air molek . Sebiji kelapa tu dia belikan . hihihihi . orang kedai tu duk pandang je . Ada aku kisah ??? huhu

Di rumah Chohong
23 Mei 2014
4pagi
Ain terjaga . Perut dah start sakit . Baby dah start mengeras kerap . Tapi ain tahan lagi . Even panggil suami pun , tak bangun2 . Penat sangat agaknya .

6pagi
Ain dah tak tahan . Terus kejut suami . Ain cakap dah tak tahan sangat . Sakit . Menangis2 ain . Suami baru terbangun . Siap2 pergi hospital . Kejutkan MIL . Azan subuh pun mula berkumandang . Dengan hujan lebat . Ya Allah . Situasi yang hiba pun ada . Suami cakap mak menangis . Risau agaknya . Sepanjang perjalanan ain minum air zamzam . Usap perut . Sakit . Tapi suami buat2 cerita kelakar taknak bagi ain rasa sakit sangat . Sempat jugak singgah mcd beli sarapan . huhuhu . Kononnya nak ada tenaga nanti masa bersalin ... :p

6.45pagi 
Sampai Hospital Melaka . Terus gi kecemasan . Ppk bawak ain terus gi kamar bersalin . Suami daftar .

7.30pagi
Baru JM panggil observations . Tukar baju pinky2 . 

8.30pagi
Doktor baru cek ain . Tanya bagai . Cek bukaan . Dah buka 2cm . Buat CTG . 

Selesai semua tu . Pastu dah takde pape cek . Ain duk atas kerusi . Dengan perut sakit . Orang ramai gila menunggu giliran . Yang duduk , duduk . Baring lagi . Yang nak pergi labor room da . Yang baru datang lagi . Yang MO marah2 HO . Yang datang melawat labor room utk kursus si suami lagi ... Arrgghhh!!! SETERESSSS!!! 

Suami masuk pun kejap je . Nangis2 duk tahan sakit . Suami tanya kaunter , kena admit wad ke apa ke . Dia cakap wad penuh . Tunggu sini je . Dalam hati ain nak je cakap , " Aku nak katil la!!! Nak baring !!! " . Serius memang tak tahan . Yang JM lak asyik cakap , " anak pertama memang sakit dik . Sebab takde laluan lagi kan . "

Sempat lagi suami ajak selfie . hihihi
Muka dah ketaq2 tahan sakit .


Last2 ain yg cari katil kosong kat dalam tempat menunggu tu . Ada pun 1 katil kosong . Terus ain baring . Kakak india yg duduk katil tu sebenarnya . Bila dia masuk ain buat tak tahu je . Dalam hati " bagi la aku pulak kan baring . Aku tak tahan . Sorie yeeerrkkk . "

12.30tengahari
Baby dah makin kerap mengeras . Ain dah start merengek sakit . Kakak dlm tu yg risau . Dia yg panggil nurse . Nurse & doktor baru la nak buat VE .  Doktor siap ckp , " Saya baru clerk dia pagi ni " . Buka 5cm sudah . Baru la siap2 ain masuk Labor room sebab ain dah merengek2 sakit . Sempat lagi ain makan pisang nak bg tenaga . Menangis2 makan pisang ... hehehe

Sepanjang dalam labor room .....
Ya Allah sakit sangat baby mengeras . Serius ! Memang sakit ! Macam nyawa nak tercabut !
Subhanallah ... Ya Allah ... Menjerit2 ain . Segala ayat ain baca . Doa nabi Nuh berulang2 kali ain baca . Bukan baca dalam hati . Selagi boleh ain baca kuat2 . Kena marah dengan nurse doktor jgn cakap la .

Nurse bg ain gas tahan sakit . Sedut gas . Tapi mcm takde pape function pun . Arrgghh !!! Seteerrreeesss lagiii !!!

Setiap kali mengeras je , setiap kali ain menjerit . Allahu , Ya Allah , sakit sangat . Sampai sekarang terasa sakit . Sepanjang dalam labor , ain fikir banyak sangat dosa ain . Dosa ain dengan makayah . Dengan suami . Banyak kali suruh panggil suami . " nurse boleh panggil suami saya tak ? saya sakit . Saya nak suami saya :'( ... " . Tapi buat tak layan je . Ya Allah , mcm2 doa da . Dengan azan zohor berkumandang . Sayu .... Sebak .... :'(

Setiap 1jam buka 1cm . Sampai la pukul 3pm , dah buka 10cm . Baby dah sampai laluan . Dah nampak rambut . Dah nampak kepala .

Nurse : ok ain , baby dah nampak . Teran sampai habis . Curi nafas .

Bila rasa sakit je ain teran sekuat hati .

Nurse2 dan doktor : ok ain!!! Teran !!! Pandai ain !!! Teran lagi !!! Curi nafas !!! Jangan angkat punggung ain . Pegang kaki . Kepala angkat pandang perut . Teran lagi !!!

Fuhhh !!! Menangis2 ain teran . Allahu , rasa macam nak kuarkan sebiji bola besar kat bawah . Ingatkan teran sembelit senang jgk nak keluar . Sedaya upaya ain teran . Sampai takde darah dah kat muka .

Tepat 3.03pm , lahir seorang khalifah .

Nurse : ok ain . Tengok lelaki ke perempuan ?

Dengan hati yang penuh sebak ... terharu ... tak terkata langsung ... Terus cakap perempuan . Berdebar2 pegang peluk anak sendiri . Rasa kehangatan badan dia . Darah yang mengalir . Letak didada . Tiba2 dia buka mata . Pandang aku . Allahu ... Menitis air mata . Anak aku ... yg ada dalam perut aku dah keluar . Zuriat aku bersama suamiku ...  :'(

Pengalaman yang paling2 indah dalam hidup ain . Pengalaman paling tak dapat ain lupakan . :')



AINUL MARDHIAH BINTI MUHAMMAD AZIUDDIN
PENGHUNI BIDADARI SYURGA
23 MEI 2014
23 REJAB 1435H
JUMAAT @ 3.03PM
2.9KG : SVD





24Jam usia Dhia
Chinese Look kan ?
Putih tu tak tahu kenan kat siapa ... hihihi



















Abah Dhia !



Ibu Dhia !


Dhia dah ada geng !!! ^_^

PELENGKAP HIDUPKU
ALHAMDULILLAH

Sekian .... 

Ainul Malisa Tiru Bunyi !

Ainul Malisa Tiru Bunyi ! 110hari switchon Cochlear Implant Telinga Kanan Alhamdullillah , Ainul Malisa baru nak tiru bunyi. W...