Sunday, July 7, 2019

Cabaran Terapi Bunyi Anak Kurang Pendengaran




Disebalik tadbir buat terapi 6ling sound bila Ainul Malisa taknak beri kerjasama
😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩

Ibu minta maaf sayang
Mungkin nampak ibu paksa awak
Tapi awak dah leka nak memain je
Taknak belajar bila sesi terapi bunyi
Stress jap ibu 😪😭
Terus ibu merajuk, tak buat dah sesi terapi awak
Lepastu awak kemas mainan, terus lelap tepi ibu sambil tangan kat ibu 😥

Ibu dah la memang takde ciri2 cikgu
Sebab bukan seorang yang penyabar
Ibu dah la kasar, kalau boleh ibu ajar lembut, ibu ajar jugakkan
Disebabkan awak jugak la ibu belajar tahap kesabaran yang tinggi

Ibu cuba sedaya upaya ok sayang
Kalau bukan ibu yang jadi ticer terapi bercakap awak, 
siapa lagi nak tolong awak
Ibu tau awak pun kadang penat nak belajar mendengar
Macam2 bunyi awak nak kena belajar
Dengan usia awak dah nak masuk 4tahun
Memang kena ambil masa sikit
KIta usaha sama2 ok syg
Ibu mintak maaf 😔
Esok kita cuba teknik lain lak bagi awak minat nak belajar terapi mendengar
Jangan mudah mengalah!
Ibu sayang awak dunia akhirat 💓




#AinulMalisa
#BilateralHearingLoss
#MalisaDeafJourney
#CochlearImplantTelingaKanan
#HearingAidTelingaKiri

Aktiviti Santai Hari Minggu



Kakak takde. Ikut abah balik kampung.
Tinggal la kita berdua je lisa dengan ibu.
So, banyak la sikit aktiviti tanpa gangguan.
Kalau ada dengan kakak asyik la bergaduh je, huhu





Aiskrim Homemade by lisa ! 


Sepit kayu ni, dengan muka2 duk rasa macam tekanan nak buat . hihihi


conteng2 sambil buat bulat 




eh dengar bunyi guruh lak 





eh bunyi guruh lagi la!



Aktivit sensori - main lekat2 dengan gam





2bulan dah Ainul Malisa switchon CI
Tapi word yang dia baru keluar dan konsisten hanya WAH sahaja
Kalau nak diikutkan lambat la jugak lisa nak keluarkan word dia
Suku patah perkataan macam NAK, NO, JAP, BYE
Masih belum dengar lagi dia cakap
Kadang2 tu ada jugak terkeluar some word dari mulut dia
Tapi sekali tu je, dan tak konsisten
Dan tak dikira meaning word 😟😞

Tak boleh nak samakan dengan budak tipikal dengan budak yang ada masalah pendengaran
Sebab Ainul Malisa dah gunakan banyak visual dari pendengran
Usia pendengaran dia baru 2bulan
Macam baby, tapi usia penglihatan atau penggunaan visual da dah 3tahun 8bulan
Memang kena usaha keras lagi la kan untuk samakan balik keseimbangan tu. 💪

Terus terang la, ain pun takde la profesioanal sangat dalam sesi terapi Ainul Malisa
Dan ain hanya follow apa yang perlu dibuat
Teknik yang perlu digunakan
Banyak ilmu lagi nak kena ambil, banyak sangat walapun hanya nak ajar bercakap.
Kadang tu down la jugak bila lisa taknak dengar arahan
haha budakkan, kuat memain je
Gerrraaaaaaammmmmm! 😡😡😡


Sesi Malam 








Sesi mewarna lak. Cantik tak kita warna? 😍😎




Walaupun banyak cabaran nak ajar lisa bercakap
Ibu akan usaha jugak sampai awak boleh bercakap syg
Tahun depan target nak masukkan lisa playschool
Tapi masih tak tau lagi nak masukkan sekolah mana
Kalau sekolah yg ada sesi terapi speech dia, siap ada pakej swimming 
kebanyakkan mesti 1k++ untuk sebulan
Takut tak terbayar dan tak termampu
Jadi kena survey la playschool biasa je untuk Ainul Malisa
Bagi dia bergaul je dengan kawan2
Dan pandai terima arahan dari cikgu
Ada siapa nak ambil Ainul Malisa tak sebagai anak murid dia?
Tapi area kl la , dekat dengan rumah kita. hihihi 😁


Go2 chayok Ainul Malisa! 💓
💪💪💪😘😘😘




#AinulMalisa
#BilateralHearingLoss
#MalisaDeafJourney
#CochlearImplantTelingaKanan
#hearingAidTelingaKiri

Ainul Malisa Tiru Bunyi !

Ainul Malisa Tiru Bunyi ! 110hari switchon Cochlear Implant Telinga Kanan Alhamdullillah , Ainul Malisa baru nak tiru bunyi. W...