Wednesday, May 29, 2019

Bermain sambil terapi Ainul Malisa








Tepuk amai2 belalang kupu-kupu,
Tepuk lisa pandai siang malam upah susu,
Susu lemak manis santan kelapa muda,
Lisa jangan nangis ibu nak buat kerja.

Dulu masa baby , ibu nyanyi rupanya adik tak dengar.
Sekarang adik dah pakai telinga canggih, kita nyanyi sama-sama tau sayang. 😊



*28hari : switch on Cochlear Implant Telinga Kanan



#AinulMalisa
#BilateralHearingLoss
#MalisaDeafJourney

Saturday, May 25, 2019

JEMPUTAN IFTAR - PERTAMA KALI SEBAGAI ANAK ISTIMEWA


Harini 1st time join berbuka puasa bersama rakan2 oku dari komuniti lain.
Kalau tahun2 lepas, tak pernah lagi dapat jemputan berbuka kat luar.
Tapi, tahun ni sangat2 berbeza.
Dapat rapatkan silaturahim dengan kengkawan yg sekasut dengan kami.
Sangat2 supportive. Berkongsi pengalaman masing2. Berbeza ujian dugaan..
Perasaan tu lain macam tau.
Kalau dulu bila nampak anak2 oku, memang akan rasa simpati sangat.
Tapi kali ni perasaan tu lain.
Bila nampak mereka, terasa diri tu jadi lagi bertambah kuat.
Akan kuat dan terus kuat demi anak kurang upaya pendengaran untuk kejar target, dapat kesan bunyi dan dapat bercakap dengan lancar. 💓




 Geng ajak buat baby shark doo doo . Kita lak dah ngantuk. hihihi 😂


Family Khawla antara yang pertama kami jumpa di HKL , sama jugak hearing loss macam Ainul Malisa.
Beza seminggu kami switch on Cochlear Implant.
Kami datang pun wakil dari HEAR ME MALAYSIA.


 Cikgu Amril Nurman pun sama macam Ainul Malisa jugak.
Bilateral Profound Hearing Loss
Guna Hearing Aid kedua-dua belah telinga. Boleh bercakap jugak tau.
Cikgu Bahasa Isyarat tau. Proud!


  Semua buat sign LOVE
Kita tak tau pun, hihihi


Tuan Empunya Warung Mama


Terbaik! 😍😍😍👍👍👍



ALHAMDULILLAH ❤️


💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖


SUMBANGAN UNTUK ANAK ISTIMEWA DARI TEMPAT KERJA ABAH




Alhamdulillah , dapat tambah saving awak yg semakin berkurangan tu.
Ibu lak dah lama tak masuk kerja bundle ( FB : Ainkening CintaBundle ) sebab nak fokus pada awak, tak dapat nak kumpul saving awak.
Ada jugak rezeki awak sayang.
Nanti kita beli mainan lagi ea.
Mainan pun kadang pening nak beli. Budak kan cepat bosan kalau main mainan yang sama je. Semua mainan kena ada function untuk buat terapi Ainul Malisa. Bukan main beli je. 😅

Lepas raya, ibu masuk balik kerja. Kena buat jadual balik.
Sian fokus pada awak, malam ibu masuk kerja bundle.
Lepastu nak beli printer lak. hihihi 😍

Semoga dipermudahkan segala urusan. ALLAHUMMA AMIN. 💓

#AinulMalisa
#BilateralHearingLoss
#MalisaDeafJourney


Tuesday, May 21, 2019

Majalah 3 - HEAR ME MALAYSIA



PERSATUAN IBU BAPA ANAK BERMASALAH KURANG PENDENGARAN

Di sini la ain jumpa ramai ibu ayah yg sama permasalahan anak kurang pendengaran.
Sama macam Ainul Malisa.
Bila sekasut, dapat moral support sangat2.
Mood yang down pun dapat pulih sikit demi sedikit.

Siapa nak join pun boleh jugak tau.
Mana tau nak charity ke ada badan nak bantu kami dari segi dana atau nak buat event panggil anak2 kurang pendengaran ke, sponsor apa2 ke, hihihi 
Boleh direct contact di PAGE FB :  
HEAR ME MALAYSIA ← click untuk direct terus ke page




20 MAY 2019 
Ainul Malisa ada masuk Majalah 3 lak. Tumpang sekaki. hihihi









Boleh tengok kat YouTube tau.
slot paling hujung sekali.
( click ↑ untuk terus ke youtube )

Friday, May 17, 2019

AINUL MALISA SEBUT PERKATAAN PERTAMA !



16.05.2019 : KHAMIS 
AINUL MALISA SEBUT PERKATAAN PERTAMA




Tadi masa masa bukak mainan mcd ,
tiba2 Ainul Malisa sebut,
Waaaaahhhh!

aku? Seriously lisa sebut wah.
Lepastu dia keluarkan lagi mainan dalam tu, dia sebut lagi,
Waaahhhh!

Terus meleleh air mata ibu!
😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢

Ya Allah , speechless terus weh.
Terdiam terus ibu, tak tau nak cakap apa.

KAKAK :
" Ibu, kenapa ibu nangis? "

IBU :
" Takde pape syg, kakak makan k. "

Nak tunggu dia sebut 1 word tu , macam tunggu bulan jatuh ke bumi je tau.
Bila tiba2 dapat dengar dia sebut wah je, ibu rasa teruja sampai tak tahu nak cakap apa.
Ya Allah sebaknya.
Macamtu rupanya bila dapat dengar anak kita yg kurang pendengaran ni, tapi bila dapat bercakap dia nya terharu tu, sampai meleleh air mata.
😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢

Kita usaha lagi sampai awak berjaya cakap dengan lancar ok sayang.
kita fight sama2!
ALHAMDULILLAH

KAKAK MASA NAK TIDUR :
" Ibu , kenapa tadi ibu nagis? "
" Ibu terharu adik sebut wah tadi. "
" Kenapa lak ibu? "
" Adik kan tak pandai cakap lagi, ibu teruja la, ibu suka. "
" Ibu jangan nangis2 lagi ok. "

IBU SAYANG ANAK2 IBU DUNIA AKHIRAT 💕





#AinulMalisa
#BilateralHearingLoss
#MalisaDeafJourney

Thursday, May 16, 2019

OKU PEKAK? DAPAT TERIMA ATAU TIDAK?


Macamana penerimaan ain dan suami bila dapat tahu Ainul Malisa sebenarnya hearing loss?


Ainul Malisa memang lambat bercakap. 
Umur setahun lebih dah rasa lisa speech delay sebab berbeza dengan kakak dai yg petah sangat bercakap. 
Bila keep positif sampai umur 2 tahun , checkup Ainul Malisa di KK kl,
ain mintak surat refer pakar utk speech delay.
Tu pun disebabkan oleh along family ain dan kawan2 ain yg anak speech suruh refer ke pakar,
Bila dah dapat surat, amek tarikh appoinment memang lambat sikit, 6bulan macamtu baru dapat TCA di pead HKL.



04.06.2018 - Appointment dengan Doc Pead HKL
Bila jumpa doc pead referkan Ainul Malisa ke Audialogist lak untuk check audio telinga.
Speech Therapy pun refer jugak, tapi kena buat audio test dulu.




11.07.2018 - Audio Test

Malam sebelum nak buat test ni, ain sebenarnya dah dapat rasa.
tapi takut , dan masih positifkan diri,

Abg, macamana kalau lisa betul2 tak dengar?
Insya Allah, lisa takde pape. Kita doakan yg baik2 ok. Apa2 pun yg terjadi kita kena terima jugak.
Tah la, risau, rasa lain macam je malam ni.




 Esoknya kami pergi ke HKL, bahagian Audio Test.
Ainul Malisa dah kena puasa dari malam tadi, kena makan ubat sedatif untuk tidur.
Susah betul nak tunggu dia tidur. huhu



Ibu siap stanby kipas nak bagi dia lena.
Dia lak tahan mata je.




Setelah sejam baru dapat tidur.



Bermula la Audio test dia.
Lama jugak nak buat ni,
Debar gak tunggu tau.
Tu pun dapat buat sebelah kiri je sebab Ainul Malisa dah terjaga.
Lepastu buat test manual bunyi lak.
Lisa tiada respon dengan bunyi.

Dah habis buat, Puan Audiologist lisa cakap dapat result harini jugak.
Fuuuhh debar sungguh!

Result Ainul Malisa untuk telinga kiri memang tahap paling teruk.


PROFOUND HEARING LOSS
  
Refer pada chart ni, lisa level paling bawah sekali.
Kita yg normal, paling aatas sekali.
Nampak tak beza betapa jauhnya level pendengaran kita yg normal dengan dia.

Suami : Maksudnya anak saya memang tak dengar langsung ke? Maaf cakap , anak saya kategori pekak ke?
Pn Audiologist : Kalau ikut bahasa org luar , ya. Tapi kita panggil kurang pendengaran tapi tahap paling teruk. Sebab kami dah test tadi, Ainul Malisa tak alert dengan bunyi.

YA ALLAH
aku terus rasa macam batu hempap kat kepala aku.
KENAPA? KENAPA ANAK AKU? APA SALAH DIA?
KENAPA DIA BUKAN SPEECH DELAY?
KENAPA DIA TAK DENGAR?

banyakkan persoalan berlegar2 kat kepala aku, tapi tak tercakap.
 BUNTU. SEDIH. KECEWA.

Suami : anak saya ni dah diketegori OKU ke?
Pn Audiologist : Ya. Kalau nak buat kad oku, nanti saya bagi surat.

SITU JUGAK BERDERAI AIR MATA AKU
dengan2 suami aku menangis.
SEDIH TERAMAT SANGAT. SUSAH NAK KAWAL.
NAMPAK MACAM NORMAL, TAPI SEBENARNYA BUKAN.
SEKELIP MATA JE TIBA2 ANAK AKU DAH DIKATEGORIKAN KANAK2 OKU?
ANAK YANG AKU LAHIR NORMAL,
RUPANYA ANAK AKU ANAK ISTIMEWA.
😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢

Seharian kami menangis. Sampai rumah pun nangis.
Malam nangis. 
Tah la, susah nak terima.
Macam nak putar ke balik masa.
Tapi tak boleh, sebab kami kena terima takdir.

Aku bagitahu, 1hari ni je kita nangis. Esok janji jangan nangis lagi ok.
Kalau kita tak kuat, macamna Ainul Malisa nak kuat 
Panjang lagi perjalanan kita
Macam2 benda lagi kita nak lalui
Dapat terima atau tak, kita tetap kena terima jugak.

YANG SAMA SEKASUT DENGAN KAMI JE DAPAT RASA MACAMANA PERASAAN TU.
MCACAM2 PERASAAN ADA. ADA YANG DAPAT TERIMA. ADA YANG TAK DAPAT TERIMA. ADA YANG TAKNAK PERGI FOLLOWUP. ADA YANG MASIH ANGGAP ANAK DIA BOLEH MENDENGAR. MACAM2 KAMI DENGAR.

Sebabtu kalau org duk perli2 ke apa ke, berkaitan dengan anak aku,
aku boleh jadi stress.
Level stress aku tu teruk.
Sampai aku pening kepala muntah2.
Memang orang boleh cakap terima qada qadar,
untuk nak terima tu, sangat2 berat.
REDHA.
Tu je termampu, walaupun macam2 duk fikir.

ALHAMDULILLAH.
Sekarang aku pun dah ok sikit.
Nak fight untuk lisa bercakap pula.
USAHA SAMPAI DAPAT!
Lambat atau cepat, tak kisah.

DAN APA KAMI TAHU, KAMI AKAN USAHA SAMPAI AINUL MALISA BOLEH MENDENGAR DENGAN JELAS DAN BERCAKAP DENGAN LANCAR.

" OKU KURANG PENDENGARAN (PEKAK) TAPI BOLEH BERCAKAP "






" DOAKAN AINUL MALISA DAPAT MENDENGAR DENGAN JELAS DAN DAPAT BERCAKAP DENGAN LANCAR SEPERTI KANAK2 NORMAL. ALLAHUMMA AMIN. 💗 "

Sunday, May 12, 2019

Perjalanan Ainul Malisa sebagai salah seorang anak istimewa ( OKU Pendengaran )

AINUL MALISA
#MalisaDeafJourney
Bilateral Sensorinueral Severe to Profound Hearing Loss



11.07.2018 : Audio Test Telinga Kiri
Result : Profound Hearing Loss

\


18.07.2018 : Audio Test Telinga Kanan
Result : Severe Hearing Loss





31.07.2018 : On Hearing Aid Kanan
( guna HA HKL dulu )




03.09.2018 : On Hearing Aid Kiri
( guna Ha HKL dulu )





27.10.2018 : CT Scan



14.11.2018 : Dapat Hearing Aid sendiri




26.11.2018 : MRI






18.04.2019 : Operation Cochlear Implant ( Telinga Kanan )








02.05.2019 : Swith on Cochlear Implant ( telinga kanan )

Ainul Malisa Tiru Bunyi !

Ainul Malisa Tiru Bunyi ! 110hari switchon Cochlear Implant Telinga Kanan Alhamdullillah , Ainul Malisa baru nak tiru bunyi. W...