Saturday, May 25, 2019

JEMPUTAN IFTAR - PERTAMA KALI SEBAGAI ANAK ISTIMEWA


Harini 1st time join berbuka puasa bersama rakan2 oku dari komuniti lain.
Kalau tahun2 lepas, tak pernah lagi dapat jemputan berbuka kat luar.
Tapi, tahun ni sangat2 berbeza.
Dapat rapatkan silaturahim dengan kengkawan yg sekasut dengan kami.
Sangat2 supportive. Berkongsi pengalaman masing2. Berbeza ujian dugaan..
Perasaan tu lain macam tau.
Kalau dulu bila nampak anak2 oku, memang akan rasa simpati sangat.
Tapi kali ni perasaan tu lain.
Bila nampak mereka, terasa diri tu jadi lagi bertambah kuat.
Akan kuat dan terus kuat demi anak kurang upaya pendengaran untuk kejar target, dapat kesan bunyi dan dapat bercakap dengan lancar. 💓




 Geng ajak buat baby shark doo doo . Kita lak dah ngantuk. hihihi 😂


Family Khawla antara yang pertama kami jumpa di HKL , sama jugak hearing loss macam Ainul Malisa.
Beza seminggu kami switch on Cochlear Implant.
Kami datang pun wakil dari HEAR ME MALAYSIA.


 Cikgu Amril Nurman pun sama macam Ainul Malisa jugak.
Bilateral Profound Hearing Loss
Guna Hearing Aid kedua-dua belah telinga. Boleh bercakap jugak tau.
Cikgu Bahasa Isyarat tau. Proud!


  Semua buat sign LOVE
Kita tak tau pun, hihihi


Tuan Empunya Warung Mama


Terbaik! 😍😍😍👍👍👍



ALHAMDULILLAH ❤️


💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖


SUMBANGAN UNTUK ANAK ISTIMEWA DARI TEMPAT KERJA ABAH




Alhamdulillah , dapat tambah saving awak yg semakin berkurangan tu.
Ibu lak dah lama tak masuk kerja bundle ( FB : Ainkening CintaBundle ) sebab nak fokus pada awak, tak dapat nak kumpul saving awak.
Ada jugak rezeki awak sayang.
Nanti kita beli mainan lagi ea.
Mainan pun kadang pening nak beli. Budak kan cepat bosan kalau main mainan yang sama je. Semua mainan kena ada function untuk buat terapi Ainul Malisa. Bukan main beli je. 😅

Lepas raya, ibu masuk balik kerja. Kena buat jadual balik.
Sian fokus pada awak, malam ibu masuk kerja bundle.
Lepastu nak beli printer lak. hihihi 😍

Semoga dipermudahkan segala urusan. ALLAHUMMA AMIN. 💓

#AinulMalisa
#BilateralHearingLoss
#MalisaDeafJourney


No comments:

Ainul Malisa Tiru Bunyi !

Ainul Malisa Tiru Bunyi ! 110hari switchon Cochlear Implant Telinga Kanan Alhamdullillah , Ainul Malisa baru nak tiru bunyi. W...